Monday, July 22, 2013

:: Jika ini Ramadhan yang terakhir ::


Ya Allah...
Betapa aku beruntung lagi bersyukur
Bertemu Ramadhan yang ditunggu
Yang juga sentiasa di rindu...

Ya Allah..
Jika Ramadhan ini adalah yang terakhir buatku
Ampunkan segala dosa dan khilafku
Berikan kesempatan memenuhi amalan ku
Aku ingin kembali dengan penuh ketenangan mengadapmu..Ya Rabb

Ya Allah..
Jadikan kesempatan yang ada untuk aku meminta
Minta pada teman yang aku lupa..
Atau pada mereka yang tidak pernah berjumpa
Moga Ramadhan yang terakhir ini punya ceritannya
Agar aku dikenang bukan ditatang
Biar aku di sayang bukan di buang

Jika Ramadhan ini adalah yang terakhir buatku
Ampun dan maafkan segala ketelanjuranku duhai teman-teman
Ampun dan maafkan aku kerana aku bukan sebaik kenalan kalian
Mungkin tanpa sedar banyak hati yang telah aku lukakaan
Kerana aku insan yang serba kekurangan
Kerana aku teman yang sering kealpaan..
Terima aku seadanya teman..

Jika Ramadhan ini penghujung pertemuan
Dan jika Ramadhan ini adalah pengakhir jalan
Izinkan aku menyapa sayang
Buatmu suami yang juga imam ku
Maaf diatas kekurangan diri isteri mu
Ampun dan halalkan segalanya sepanjang perkongsian hidup kita
Terima kasih kerana sentiasa menelan setiap kekurangan diri ku
Biarpun hatimu tidak dapat kubaca dan mungkin juga terluka
Namun aku tahu..tiada seindah bicara selain
Cinta dan kasih yang tak pernah surut buatku
Itulah indah pengaturan hidup yang Allah tetapkan

Jika Ramadhan ini yang terakhir
Maafkan diriku duhai anak
Mungkin selama yang kau inginkan
Aku bukan sesempurna ibu yang kau harapkan
Ibu yang tidak kau impikan mungkin
Namun semangat serta naluri keibuan yang ada..
tak akan pernah meluntur biarpun cabaran itu berliku
Sungguh ibu ini tak akan hilang sabarnya meski
hati dan jiwa ini tiba-tiba buntu..
Percayalah..diakhir hidup yang tersisa ini
Akan tetap aku gagahi selagi hayat di kandung badan
Untuk menjadikan dirimu insan cemerlang
Dunia dan akhirat

Yang terakhirnya...
Segala sesuatu kekurangan itu adalah dari diriku
Bila yang terindah dan terbaik sentiasa dariMu Ya Allah
Berkatilah Ramadhan ini buat diriku..keluarga dan teman-teman..
Moga kami sentiasa dalam magfirah dan redhaMu selalu
Sesungguhnya Ya Allah..
Jika ini lah Ramadhan terakhir buatku
Izinkan keindahan dan keceriannya bersama ku
Agar istirehatku yang panjang pasti tidak memenatkan..
Bila aku ditemukan dengan Sang Pencipta Agungku untuk perhintungan...


LuahanhatiKu : AchikLeen78


p|s : Aku selalu dan sentiasa sayang kalian yang tetap ada dalam hatiku...^_^





Saturday, July 20, 2013

:: Cerita ceriti ::

Assalamualaikum...Alhamdulillah dah hari yg ke 11 dah kita berpuasa..Eikkk korang ada yang dah tinggal puasa ke??Hee...orang pompuan ada ler kan..yang cik abang cik abang tu jangan pulak "gaStriK" time bulan Ramadhan nie ye..

Ermm..n3 kali nie tak hado lah yang menarik sangat pun.
Sebenarnya akak nie demam.Haa..siap muntah-muntah lagi u....
Euww..akak tak peknen naaa..haa..ko jangan nak kotoversi eikk..!!

Ermm..Ini lah penyakit di bulan Ramadhan kalau tak nak berjaga-jaga.
Apa taknya..dugaan bulan Ramadhan nie lebih lagi dari kebiasaan hari.Tambah pulak kalau singgah ke pasar Ramadhan.Siap kiri kanan penuh menjijit bungkusan ye.Itu lah citer nye.

Al-Kisah achik dibulan Ramadhan nie kerja sepetang.Balik dah pukul 6.Sempat masak nasi je lah.Itu pun kalau rajin.Kalau tak..alamat nasi "taPaw" yang ku santap waktu berbuka.Nak dijadikan cerita,teringin pulak nak makan char koay teow untuk sahur..kononnya..Orang puasa la katakan.Mengalah pembawa budak.Issh..Kesian...Pada malam itu....suami ku dengan perasaan bengang menurutkan saja kata-kata ku...(ehh..dah mcm hikayat seribu satu malam daaa..)Korang nak dengar lagi tak citer akak nie..??haa..nak ke tak nak akk nak gak citer..
My lebelii asben pun beli lah char koay teow permintaan akk tu.
Di bawaknya balik mengadap akak nie haa..Omak aii..nape kebanyakkan sangat?
So..my asben pun kata laa..
Asben : Laa..tadi kata teringin..kalau abang beli satu nanti tak sampai pulak teringin tu..jadi abang beli ja dua.
Aku lak : Kot ya pun tak yah la sampai dua...(sambil jeling-jeling geram pulak),meh sini kita kongsi makan..
Asben : Tak yah ler...ayang makan je lah sorang..abang tak teringin..hehehe..
Hadoiii..geram je akak nie haa..tapi tanpa sebarang singnal..akak pun bukak dan tuangkan bungkusan tadi.Siap letak cili jeruk ko.Sila..silaa..heheh...Sedapnyaaa..Lega rasa hati setelah 2 bungkusan char koay teow yang akak teringin sangat tu solosai akak hadap.Kihkihkihh...
Rehatkan diri depan tv disebelah kain baju yang belum berlipat kerana kekenyangan.
Selang setengah jam macam tu tekak akak ni dah mula rasa semacam.Ermm..nak uwekk la pulak.terus akak ke toilet sebelum terlambat haa.

Ok lah..dah sampai toile tu paham-paham ler kan.Habis dua bungkus.Erkk..soriiii...
Akak ingat dah stop rupa-rupanya salah.Bermula dari episod malam tu la akak terlibat dengan demam dan muntah.Paling teruk semalam ler.Masuk arini dah 4 hari ko.Ambekkk...tu la.Nak cakap apa.sendiri cari masalah.Huhuhuuu.
Apa pun akak redha.Akak tak salahkan kerana char koay teow yang akak makan.Mungkin Allah sedang menguji akak sebenarnya.Nak pulak bulan Ramadhan ni.Seronok sangat membeli.Lupa dengan diri.Sebab tu kalau dulu-dulu semasa tak ada pasar Ramadhan semua masak dan makan dirumah atau boleh bertukar-tukar juadah dengan jiran.Rezeki murah,perut pun kenyang.Tetap dapat makan yang sedap jugak kan.
Moralnya dari cerita akak nie..Makan lah ala kadar dan jangan mengikut nafsu nafsi ye korang.
Pemakanan di bulan Ramadhan ni kena jaga.Kena pulak makanan yang terhidang tu belum pasti kesemuanya bersih.Jadinya berhati-hati agar korang ak ler jadi macam akak nie dik non.Ermm..tak pasal-pasal kena off puasa.Rugi taw...:(

ok lah..dah tiba masa nak siapkan apa patut.Menu hari nie simple jer.Menu orang sakit.Sup ayam akar daun sup bersama nasi putih plus air suam.Jemput ye...^_^



Thursday, June 27, 2013

:: Laranya Hamba ::

Assalamualaikum...sekian lama kesibukan melanda..tak sempat nak update entry..hehehe


Alhamdulillah..jerubu bertandang hujan menujah..
Tiap kejadian Allah ada sebabnya...Hamba insan yang lara...
Hilang waktu dalam tahajjud minda
Hilang arah dalam pencarian nyata
Maka Allah datangkan sedikit lagi dugaan..lalu sedarlah hambaNya dari lara yang panjang
Syukur dengan setiap titipan nikmat biar secangkir manisnya madu dibibir
Telan ia jangan dibuang..kelak nanti jadi penawar

Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui maka jangan kamu berpaling pada jalan kebenaran yang Allah telah tetapkan.

Hilang arah cari jalan pulang
Jangan malu bertanya takut makin sesat bergadang
Biar malu bila di depanNya kerana tidak mampu memberi apa

Namun Allah tidak pernah zalim biar pada hambaNya yang lupa asal
Allah selalu memberi walau tidak kita minta
Allah selalu menerima walau tidak kita beri

Namun Allah tetap menghintung bait perjalanan hambaNya
Kelak Mahsyar pasti bersua
Pasti janjinya tak pernah dusta
Kembali dengan wajah manis berhias hisab amalan..atau
Datang dengan hodoh lagi hina kerana tiada apa yang dibawa bekalannya

LukisanJiwa : AchikLeen78


Monday, June 17, 2013

:: First Contest ::

 Alhamdulillah...syukur Ya Allah masih aku diberi nafas dan kekuatan dalam hidup hari ini.Moga Allah sentiasa masih memberi ruang untuk ku menemui keinsafan dan kesederhanaan.Semalam yang bosan..seketika yang menceriakan  telah pun berlalu.Hidup mendatang harus diteruskan..
Kalau buku diselak helaian demi helaian pasti bertemu dengan bermacam-macam cerita dan kisah...ironinya hidup ini penuh dengan suka duka dan warna warni keindahan.Seperti sebuah kanvas putih...corak dan warnakan mengikut kretiviti sendiri.Cubalah kalau nak tahu apa yang terjadi dikanvas anda..hehehee~~
 Pelajaran dan pengajaran yang kita dapat setiap masa adalah bergantung pada penilaian diri sendiri.Jika kita memilih kebaikkan maka kita beroleh kebaikkan dan sekiranya kita malas dan mementingkan diri..sebaliknya yang kita temui.Namun hidup ini tetap penuh dengan stigmanya yang sukar unuk kita fahami jika tidak betul-betul duduk dan faham!!Ehh..apa tu ya...??Ermmmm..jom kita cuba kupas dan fahamkan ok...Sama-sama kita memuhasabah diri..mencari jati diri dan nilai keIslaman yang mungkin kita terlepas pandang..:)
Jom baca kisah nya dari seorang teman yang achik C&P untuk renungan bersama...Jommm,,,


[ MESTI BACA ]

Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah rm2.8k sebulan. Balik kampung bercakap megah, ayat berapi dan takabbur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni.

Tapi kerja setahun dapat pakai kereta myvi SE. Masa nak enjoy dan keluar melancung memang terhad. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup terikat dan tak enjoy... Wow hebat tak terhingga.

Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Lepastu balik tidur dengan nyenyak. Hanya 4 jam kerja dapat income rm200 sehari paling minima. Setelah setahun berniaga. Aku pakai honda civic type r jer pun. Alhamdulillah dah dapat pergi 5 negara termasuk ke Mekah selang 3 tahun sekali.

Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti col aku nak pinjam duit. Bukan nak riak... tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa. Untuk kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat, janganlah pandang rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan. Hakikatnya poket mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan.

Kadang-kadang orang yang sombong adalah orang mendapat sedikit nikmat tetapi bermegah-megah dengan nikmat yang sedikit itu

Source : Alyn Alina


 Dah baca sampai abiskan...apa pendapat korang dari kisah diatas??
 Apakah yang menjadi "Tunjang" dalam kehidupan yang sedang kita lalui dan cari??

 Persoalan dan jawapan sebenar tetap ada pada DIRI kita ya...Suka @ tidak inilah nas-nas yang ada dalam kehidupan kini yang kadangkala kita terlepas pandang.Namun jika kita berbalik pada akal hukum kehidupan kejadian kita kat dunia ni..pasti kita sedar,,Setiap sesuatu yang terjadi itu memerlukan kita untuk berfikir tentang sekeliling..tak gitu? ^_^

 Dengan itu rasanya achik tidak perlu memberi korang JAWAPAN tapi achik nak korang fikir dengan sendiri apa JAWAPAN TERBAIK korang...haaaa...sebab JAWAPAN yang betul-betul BERNAS dan tidak emO akan disenaraikan sebagai PEMENANG...hOyeyyy...
- Untuk join senang je..korang join sebagai friendlist achik kat blOg nie...jadi member je free of charge taw..
- Achik nak korang letakkan JAWAPAN dan LINK korang diruangan komen kat bawah ni ja...tak susah pun.
- Pilihan akan dibuat dan akan dimaklumkan di ENTRY blOg achik nie...so kena rajin jengah ye..heheee
- Ada HADIAH menanti...so tunggu apa lagi..Hanya 3 orang PEMENANG akan dipilih...(^_^)
- TARIKH TUTUP 25/06/2013

p|s : Jangan lupa FOLLOW my BELOG dulu ye..then korang tolong letakkan "LINK" korang selepas jawapan..sebab senang untuk achik hubungi korang nanti...



Nak HADIAH cepat-cepat JOIN my BELOG
MY FIRST CONTEST hokay...akan ada lagi seterusnya...
STAY TUNE ..\/



Saturday, June 15, 2013

:: WeekenD yG bOsan ::

Arggghhhh...bOsannnn ~~~
Nak bua apa pun dah tak ada mOOd..erkk
TipOn yg xberfungsi dengan JUJUR...sakit je hati...huhuhhuu..
SabOr lah duhai hati....

 Entry arini "WeekenD yG bOsan"..nak dengar je @ korang nak baca...Tinta Hati Seorang Hamba nie...
Gini jelah..korang baca kasi abis then jangan ler lupa eikk..komen lah kasi semak sikit...hiihuu ^_^

  Hajat hati hari nie nak ke seberang jambatan berjumpa dengan adik-adik comel ku..Nampaknya tidak kesampaian.Masing-masing ada prOgrame tetiba..ada yang kena turun padang tengok budak-budak menari...ada pulak yang last minute mr.Right ajak keluar date.Maka tinggal la kak tOn sorang...huhuhuu..bOsankan...
  Nak buat apa pun tak taw...ermm..haaaaa...yeyeyyy...dah mai dah otak seminit nie haa...nak out jab..nak g cuci mata kejab..nnt achik update new mOOd yang merapu nih...
K..dear...hakak keluar dulu eikk...JUMPA nnt dengan entry baru pulakkk...
Tatatititutuuu.......adiOOsss..amigOOss..
siap sudahhhhh...mOh ler kite....

Friday, June 14, 2013

Kisah Hari Ini

Assalamualaikum....
Sakit gigi lagi ni haa..doctor soh cabut...achik jer xnakk...erkkk,,takutt!!!
Aippp..jangan dok gelak kat depan tu..haaa..hari-hari achik dok tengok patient mai cabut gigi taw..sakit kot.
p|s : Beranikan -diri anda-untuk-mendapatkan-rawatan-dan-khidmat-doktor-GiGi-anda-hari-ini...\/
       Pesanan IKHLAsssss dari achik taw..


 K lah kita tinggalkan cerita pasal sakit gigi...kita dengar cerita pasal lebih baik pulak ya...Cerita tentang pokok Nabi..Pada yang tak pernah tahu @ tak pernah dengar jom kita hayati kisah POKOK NABI nie..

POHON NABI

Yang dimaksud dengan Pohon Nabi adalah Pohon yang pernah menanungi Nabi Muhammad Saw. dari terik matahari. Pohon Nabi ini sudah berumur ribuan tahun, namun anehnya Pohon Nabi ini masih hidup dan berbuah hingga sekarang.

Pohon Nabi ini sekali lagi menjadi bukti kenabian Nabi Muhammad Saw. Dan sepertinya Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah Swt. agar menjadi pengingat, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkahan, pohon ajaib, pohon keramat dan pohon yang aneh.


Dulu ketika Rasulullah Saw. melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah Saw. berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw. dari panasnya terik matahari.


Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah Saw. itu seraya berkata: “Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu.”


Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendaknya.

TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ?


Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW, Pohon yang diberkati.

Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “ the only living sahabi ” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”.

Sedikit sejarah mengenainya…

Ketika Rasulullah SAW keluar ke Syam bersama Maisarah – pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda SAW pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

Semasa Baginda SAW berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi Baginda SAW daripada cahaya matahari.

Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah SAW itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”

Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria.

Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W dua kali tiba di Bosra :

1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda

SAW di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.

2. kali kedua rasulullah SAW ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. Apa yg menarik selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosrasejauh lebih 500km kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas. Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan yang boleh hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua.
~Subhannallah~

Alhamdulillah..kita dah bacakan...semoga yang baik jadikan ingatan dan yang buruk jadikan pengajaran.











Wednesday, June 12, 2013

:: Bestnya hari Ahad ku ::

Hai hoo..wink#wink#

 Asik nak hangin je ko jemah..pehal...
 Eikk...sakit gigi ler jenab...grrrr..#@*(^

Opss..achik sakit gigi ler korang..ntah ar dah 2 ari dah jugak ler berdondang sayang nie haa..Adehhh..aissshhhh...huhuhuuu~~
Ape pun achik tetap ada entry baru jugak laa untuk korang cuci mata k..
                 Baru-baru nie achik togetder-getder ngan all staff clinic kecuali yang sorang nie ler tak dapat nak ikut join pertemuan ngan Mr Chuah and dia punya lovely wife yang comel tu...kita orang naik keta Alphard doctor Normi yang comel giless tu.Time bertolak tu dalam kul 4:15pm..haaa..ujan kot..doctor singgah solat dulu kat USM..akak ngan adik-adik manis apa lagi keja nya..menyeNap gambor je lahh..aiippp..kite orang cuti hokay...Pas selesai semua...kami teruskan perjalanan menuju ke permis Mr.Chuah dekat Jln Acheh..kami disambut mesra gitu..haa..sempat lagi...akak nie haa..ngan adik-adik menyenap picture kami kat dalam kedai dia...sedang doctor sibuk dok engok barang-barang..Gila kan kepala hotak kita orang..kahkahahhaa~~
  Pas selesai semua...sesi menuju ke pelabuhan makanan ko...Lebonan restaurant haaa..arini kami jadi arab-arab gitu..makan punya la syiok..tak heyngat donia...yang penting kami semua happy dengan merapu meraban Mr.Chuah.Tak kering gusi kami bergelak ketawa.Perut kenyang hati ala ala sinang...
Tak habis lagi isi dalam perot nie turun habis..dah dia bawa kami ke The Twelve Cup pulOkkk..adoiii...kat sana makan ala ala sopan gitu kot...hahaha~~apa tak nya..a cup of coffee ngan kek yang harga RM10.90 per slice naaa..omak aiii..nak makan pun sayang sangat kan...Sembang gelak..merapu meraban semua dah selesai..sesi untuk pulang lerr...Nah..Say good bye & thank you mr.Chuah and wife mrs.Tan...the most good one supplier doctor Normi kot..hehehhe..next time belanja lagi eikkk...
Jom..sudah mau pulang..dok diam-diam dalam keta...tak dak sora dah..mata ja naik layu haa...
Sampai kat umah...basuh kaki..cuci muka....kedeboom ler..apa lagi...besok kena keja maaa~~~

Rentetan perjalan makan sampai kenyang kami : ------->


Mr.Chuah company

Lokasi Pertama
Makan time..Lebanon Restaurant
mr.Chuah,mrs.Tan,ustaz Bakhtiar,doc.Normi
The Twelve Cup
Achik...Maria...Putry
cake mille crepe yang mables

< Kerja..oh..Kerja >

Assalamualaikum...Alhamdulillah berkesempatan menulis lagi..hehehe
Rindunya pada penulisan nie sejak akhir-akhir nie..apa tak nya..sibuk sesangat dengan kerjaya baru le..
Mesti hairan kan...achik keja apa??apa kerjaya baru pulak...?ermmm,,meh sini nak citer..hahahaa~~

  Dear..
Achik nie sebenor-benornye..owner bisnes of Makcik Sedap Enterprise,,ermmm..dalam erti kaa lain achik punya bisnes sendiri ler.Dah 2 tahun bertapaknya Mee Ketam of Makcik Sedap nie..kira agak paYmes gak lah ye..hihuuu~~Rezeki..Syukur Ya Allah...makin ramai yang datang ke warung kecik kami yang terletak bersebelahan je ngan umah achik.Sebenarnya terciptanya idea nie pun sejak achik menjaga kedua arwah mak dan ayah.Permulaan yang memang perlu ketahanan mental dan fizikal.Nasib ler en.Asben sentiasa memberi sokongan padu.Dalam kecerian dan detik-detik kebangkitan dalam perniagaan achik diduga dengan kepergian orang tersayang..Ayah pergi pada 15/4/2012 dan selang 7 bulan Mak pula pada tanggal 16/11/2012.Masa tu..hanya Allah saja yang mengetahui betapa perit "erti kehilangan".Tinggal achik disaat achik nak mereka lihat kejayaan seorang anak.Al-Fatihah buat kedua mak dan ayah tersayang juga seluruh kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi dulu...Al-Fatihah
~Ameen~
 Hampir sebegitu lama achik mencari kekuatan dalam kehilangan.Sokongan dan dorongan dari rakan,sahabat handai dan keluarga sedikit sebanyak menjadikan achik kembali sedikit ceria.Achik buat keputusan untuk mencari kerjaya bagi melupakan seketika kesunyian dihati..
 Finally i found it !!..Achik diterima bekerja disebuah Klinik Pergigian private hokay..haaa..tu dia..cek nak jadi misi gigi gitu...kihkihkih.
~Tempat kerja ku~



1/5/2013 bermulanya kerjaya achik..di Sini --->
















Comey tak tempat keja achik..??Pink lagi...peberet kaler naa...Alhamdulillah..seronoknya bekerja disini bersama-sama dengan staf-staf yang memang satu kepala.Sharing is caring tak gitu...hihuuu~~
 Kerjaya baru ni memang mencabar minda.Mencabar diri dari segala sudut dan segi.Tapi semua dapat diatasi dengan sedikit pengorbanan..ampa taw..^_^.
  • kena belajaq nama alatan yang digunakan
  • kena taw apa yang perlu disediakan (basic)
  • kena faham betoi-betoi arahan bila doctor minta alatan
  • kena laaa..tahan tengok darah..urmm,,part seram dalam idop nie..kihkih
 Adehhh..punya la jenoh achik nak faham,nak sebut,nak kenai..dan macam-macam "nak" la lagi lah dan sewaktu dengan nya...tapi tetap sempoi dan bangga kot..sekurang-kurangnya achik ada new experience dalam bidang yang tak terjangka.Achik syukur sebab punya doctor yang memang best lah..tak lokek mengajar.Hopefully...Klinik Pergigian Balik Pulau akan bertambah maju dan jaya.
Ini lah KERJAYA baru achik..dan achik masih lagi membuka perniagaan MEE KETAM BALIK PULAU.
Hihuuu...acaner tu korang??? (pikir-pikir kan lah ye...)hahah~~

 Ok lah achik tak nak celoteh panjang...sebab banyak lagi entri yang achik nak korang follow nanti.Macam-macam adaaa..Haa..Jom...\/

Tuesday, April 23, 2013

~Abah~

Tajuk abah bukan ayah
tajuk dia abah
Dia abahku
Dia hadirkan aku
Dia lah abah

Abah itu bukan ayahku
Abah ku satu
Abah ku ada dulu
Keringatnya datang lah aku

Lelah nya hilang satu
Amanat lalu
Janjinya layu
Dia berikan aku

Jaga dia bukan aku

Kerana abah bukan miliku
Sayang abah tetap ada
Abah pergi dulu tanpa kata
Mencari kasih Dia Rabb yang Esa

Cinta abah ada disitu..sedang menungguku

NukilanRasa : achikleen78/3:47am

Tuesday, April 2, 2013

..::KUM KUM::..


السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Alhamdulillah masih diberi nafas lagi untuk achik meluangkan masa menulis ditinta maya ini.Syukur juga kehadrat Illahi kerana dikelilingi insan-insan yang achik kasihi.Biar siapa pun mereka pada achik yang pasti mereka hamba-hamba yang dijadikan  Allah sebaik-baik makhluk ciptaanNya.

Kali ini achik beruntung kerana digerakkan hati bertemu dengan penulisan-penulisan yang menginsafkan hati achik.Baca dan fahami saja tidak mencukupi..adalah lebih baik kita melakukan perubahan itu untuk menuju kearah yg lebih baik.Insyaallah...mudah-mudahan niat suci kita diberkati Allah SWT...

Ketika menelaah kiriman rakan-rakan diFacebook..achik terbaca status dari seorang rakan yang amat achik kenali.Seorang yang banyak memberi achik inspirasi selama achik mengenali beliau.Dia bukan seorang yang istimewa tapi cukup tajam dalam berkata-kata.Dia juga bukan seorang guru agama hanya insan biasa dan dia bukan public figure untuk diminta sign autograft.Namun pada kaca mata achik beliau memiliki sepenuh kekuatan dalam kehidupan untuk achik kutip dan jadikan renungan dalam perjalanan hidup insani.Islam itu indah..begitu juga keperibadian kita perlu juga indah.Mudah tapi tidak dipermudahkan maka itu belajar dan terus belajar untuk memiliki ilmu yang Allah berikan.

Terlihat tulisan rakan achik ini membuatkan achik tersenyum sendiri malah achik sendiri tidak terfikir untuk menulis sebaik ini.Jom kita baca dan renungkan pendapat diri kita sendiri .Antara kata-kata beliau harini :--->


HANTU KUM KUM.

janganlah kita gelak pada mereka yang berhijab penuh dengan warna warna monochrome. itu tuntutan sebenarnya...kerana JANTAN (jantan ramai yang sakit dugaan ini) akan stim tak tentu hala....
- ada yang stim tengok mata
- ada yang stim tengok pungkoq
- ada yang stim tengok keting kaki
- ada yang stim tengok jari jemari...
jadi janganlah dok mengata mereka itu zorro atau hantu kum kum. mereka tahu kenapa mereka berpakaian demikian. kita tu kena selidik...pasai apa jantan dok terhegeh hegeh tanya soalan pelik pelik kat kita, walaupun tiada hal, kita pun tak hot tera mana ...u fikir fikir sendirilah sambil minta bantuan illahi bagi petunjuk.

Haa...dah baca kan..apa yang anda rasa???
Marah??Pelik?? atau mungkin anda terfikir yang sedang diperkatakan oleh rakan achik nie kan..ok..camnie lah..
Kita sering melihat wanita-wanita sekarang berpurdah bukan.Jadinya ada dikalangan kita yang memanggil wanita-wanita berpurdah ini dengan panggilan HANTU KUM KUM.Pelik kan..apa yang anehnya bila wanita berpurdah sedangkan ianya pekara dituntut.Salah satunya  juga untuk mengelak timbulnya fitnah dari kalangan lelaki dan wanita lain.Namun begitu lelaki dan perempuan jenis nie memang tak akan pernah berdiam.Macam-macam jalan dan ikhtiar.Mula la ada yang melebelkan ZORRO,,KUM KUM hanya kerana membataskan pandangan mereka.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu (bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya. Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268
 

Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :



" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Batas-Batas Aurat Dalam Islam

Pengertian aurat menurut bahasa adalah keaiban.Manakala menurut pandangan atau pengertian syarak ialah "Bahagian-bahagian tertentu yang ada pada badan manusia yang wajib ditutupi daripada pandangan orang yang diharamkan untuk melihatnya(bukan mahram)".
Perbezaan batas-batas aurat bagi seseorang ialah kerana hubungan keturunan dan kerana tali ikatan akibat perkahwinan,seperti mertua,menantu,ipar duai dan sebagainya serta kerana penyusuan..







Dalam konteks lainnya Aurat ini mempunyai batasan mengikut Islam.Maka itu jangan mudah lalu memudahkan lagi sesuatu yang telah ditetapkan syarak.



Thursday, March 28, 2013

..::Taubat SeOrang Hamba::..

Dimulakan dengan....
                     Semoga kita mendapat Rahmat dari Allah SWT..Aamiin.

    Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita dikembalikan.Setiap sesuatu yang kita lakukan bakal dihintung di negeri akhirat kelak.Biar sebesar zarah sekalipun kita tetap menerima pembalasannya.Maka jalan yang terbaik adalah dengan bertaubat.Bertaubat sebelum terlambat.Bertaubat sebelum ajal menjemput kerana seburuk-buruk perbuatan TAUBAT itu jalan penyelesaiannya.Tak akan rugi barang sezarah andai TAUBAT itu ikhlas kerana Allah SWT.
    Dari Hadith diriwayatkan > Bukhari dan Muslim


Daripada  Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari RA – khadam Rasulullah SAW – menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat seorang hamba-Nya daripada kegembiraan seseorang yang dengan tidak disangka-sangkanya menemui kembali untanya yang telah hilang.
 
Menurut riwayat Muslim, “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya ketika dia bertaubat kepada-Nya, daripada kegembiraan seseorang yang mengendarai binatang tunggangannya, kemudian binatang tunggangan itu hilang di padang yang luas, sedangkan di atas binatang itu bekalan makanan dan minumannya hingga dia rasa berputus asa daripada menemuinya kembali. Lalu dia berteduh di bawah sepohon kayu dengan perasaan putus asa daripada mendapatkannya kembali. Dalam keadaan itu, tiba-tiba muncul di sisinya binatang tunggangannya yang hilang tadi dan dengan segera dia memegang talinya seraya berkata dengan penuh gembira, “Ya Allah, Engkaulah hambaku dan aku tuhanmu,” dia tersalah sebut kerana terlalu gembira. (Sebenarnya apa yang hendak disebut ialah Engkaulah tuhanku dan aku hambamu).

Huraian Hadith:      
Gembira bagi manusia adalah perasaan yang timbul dalam hati disebabkan tercapainya apa yang diingini manakala bagi Allah gembira adalah salah satu sifat yang layak bagi-Nya dan  ia bukan seperti kegembiraan makhluk. Penerimaan taubat hamba adalah salah satu rahmat Allah yang besar, Allah suka menerima taubat hamba-Nya dan menyuruh mereka sentiasa bertaubat.Kesalahan yang tidak disengajakan tidak dianggap salah dan tidak berdosa. Harus bersumpah untuk menguatkan dan menarik perhatian pendengar terhadap sesuatu yang penting dan mempunyai maslahah.Allah sangat gembira menerima taubat seorang hamba melebihi kegembiraan orang yang mendapat kembali barang yang disayanginya.


    Biar siapa pun kita..biar apajua pangkat dan darjat kita..kembalilah kepada fitrah,,BERTAUBATlah diatas segala sesuatu yang kita telah lakukan kerana mungkin esok tiada kesempatan buat kita lagi.Hargailah kehidupan indah yang sementara moga yang lebih bahagia akan kekal disana.
    Peringatan ini untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang dikasihi.Moga Allah sentiasa menerima nawaitu TAUBAT kita.Kerana ALLAH GEMBIRA MENERIMA TAUBAT HAMBANYA.Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi hidayah dan rahmatNya buat kita.

tenangkan hati dengan zikrullah
Akhiri dengan DOA TAUBAT moga kita diterima Allah SWT


         SALAM UKWAHFILLAH dari HAMBA yang serba kurang adanya..^_^

       


Wednesday, March 27, 2013

Salam kuhulur tanda luhur sebuah ukhwah....

Assalamualaikum...Salam ukwahfillah dari hamba..
Semoga segala sesuatu yang disampaikan di medan maya ini dapat memberi sedikit  sebanyak kebaikkan untuk kita.
Ketika ia datang tanpa dipinta itu tandanya Allah sedang melihat lalu menguji sejauhmana kesabaran hambaNya.Dalam tiap dugaan yang diberikan pasti terselit nikmat dan rahmat dari Allah yang tidak terduga dek akal manusia.Mari kita hayati terjemahan maksud dari Surah Al-Fatihah.Moga kita lebih memahaminya..Insyaallah~~

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani




[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.


[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.




"Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya! Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran " – Imam Al Ghazali (dzikr al-maut wa ma ba’dahu -ihya ulumuddin)


::Jazakallahu Khairan Kasira::