..::Jom laa ikut::..

Saturday, March 29, 2014

Apom oh Apam...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah di beri Allah sedikit kekuatan dalam kesakitan yang on off ni.Syukur juga masih di pinjamkan Allah barang sedikit nyawa hamba.Terima kasih Ya Allah.
Entri update pepagi ni tak lain tak bukan nak story sikit pasai apom vs apam achik..heheee.

Al Kisahnya gini..pada 22hb baru-baru ni (22/3/2014) anak buah achik kawin.So achik pun di tugas kan menyiapkan sedikit "door gift" untuk tetamu yang hadir.Errmm..nak buat apa masa tu tak boleh nak di pikiorkan.Apa taknya..minggu yang sama nak kenduri tu achik punya la sibuk dengan kursus dengan Jabatan Pertanian.Aduss..tarikh makin dekat..macam-macam nak kena buat.Naik senak otak kejap..Tengok balik listing yang dah pun di tulis rasa macam tak sempat lak nak siapkan.Ya Allah..masa ni terasa sangat masa singkat.Perlukan komitmen yang ketat.Aduhai...bagi idea sat aihh...!!!
2 hari sebelum tarikh sampai..achik terbuka lah hati nak tengok blog-blog mantop yang mana boleh datangkan idea dengan mood yang serba kalut waktu tu...
Belek punya belek..tekan punya tekan..cari punya cari...Nahhhhhhh...terang lagi bersuluh.Bagai orang yang nak lelapkan mata disurung batal kau..Apa lagi...mulakan operasi segera...!!!

Makanya...bermulalah saat mencatit sehingga tiba bahagian beli belah barang yang di perlukan.Resepi mudah,jimat kos,jimat masa dan tenaga pulak...
Terjadilah resepi "Apam dot-dot" ala bidan terjun.Hehehehee...
First try naaa...xdak istilah trial&error kat situ sebab memang yakin boleh.Ayat kebabom habis tu(yakin sampai tak heyngat gagal)haa dasatkan...??
Ini lah hasilnya...setelah berhempas pulas achik membuatnya.
Betul cakap orang-orang yang berjaya..
"Yakin adalah jalan Kejayaan biarpun hanya sedikit yang bertemu Kegagalan"
jeng..jengjengggg....tudiaaa...
Amacam...comey dakk??Heee..apa yang paling sempoii pakat semua habaq sedap naa..walaupun takdak perasa (sebab terlampau xcited..terlupa bubuh).Akhirnya...i did it my apam dot-dot..haaa..Alhamdulillah..Syukur Ya Allah...
Special thanks dekat blog Mamasya yang achik tumpang belajaq ilmu.
Korang nak resepi sempoiii mai sini singgah blog dapur Mamasya.
http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/06/apam-polkadot-lagisukatan-cwn.html
Haaa..tu achik dah bagi link jangan segan-segan klik naaa...banyak yang kita boleh kongsi nanti.Thank you Mamasya...Laaa bieuu..

Pada pertama kali buat "Apam Dot-dot" ni secara bidan terjun akhirnya...Achik dah jadikan sumber pendapatan sampingan dah tau.Berbaloi dan sangat puashati.Achik pun harap korang akan berpuashati bila melawat blog Mamasya nanti.Setakat ni..permintaan tak berhenti sampai demam dah achik ni..hehhee..

Akhir kata...Jangan lupa singgah selalu blog achik tau kalau nak tengok entri achik selalu berupdate.Hehehe..Korang taknak singgah tu achik sedih taknak hapdet sudah..
Ok...Sayang korang ketat-ketat..ngehngehhh.

:: Salam ukhwah,Islam itu Indah ::


Assalamualaikum,
Achik78


Tuesday, March 4, 2014

Update yang terlepas...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..hari ini,malam ini setelah sekian lama tak berhapdet belog comot aku ni Chik Leen nak conteng kembali serba serabut yang sekian lama tertinggak..so stay tune naa...hehehe...

 Ermm..korang mesti tak tahu kan yang akak dah tak bekerja lagi dah di KPBP.Dah sebulan 5 hari dah akak tak menjadi misi kat klinik pinky.Rindu sangat-sangat suasana kerja kat sana.Rindu nak berdepan dengan client doktor yang happening dan kadang kala kasi akak pening.Sekarang ni dah tak ada la riuh rendah suasana bising mulut akak kat klinik tu.Semua jadi kenangan terindah dalam lipatan kasih sayangku...huhuu..masuk part sedih pulop doh.
Cik Puteri my first partner (abaikan si debab sebelah tu eikk..)

Yang sedang memerhati tu our doktor yang tersangat sporting,very humble dan dedikasi taw..Dr Normi Laili
Yang sebelah Diana tu Athira budak kecik staff klinik yang ke4..yang baju pink dan merah tu bakal doktor tak lama lagi Azira dan Syafiq.
Makan-makan ni untuk majlis perpisahan dorang ni lah..huhuu..sedih taw..
Meriah tak kitaorang dulu...haaa..macam ni lah bila waktu rehat sekali sekala je tau.Kalau selalu kena potong gaji hokay.Alhamdulillah..doktor pun satu kepala.Best ooo...Miss u Dr Normi...Miss u all my friends.
Yang masa makan dekat Soul Garden time majlis perpisahan akak pulop ye...akak dah ngantuk..mata lip lap lip lap dah..kang lain pulak tulis n3 kali ni haa...hehehe...
Sampai jumpa lagi...tataaaatititutuuuu...