Thursday, March 28, 2013

..::Taubat SeOrang Hamba::..

Dimulakan dengan....
                     Semoga kita mendapat Rahmat dari Allah SWT..Aamiin.

    Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita dikembalikan.Setiap sesuatu yang kita lakukan bakal dihintung di negeri akhirat kelak.Biar sebesar zarah sekalipun kita tetap menerima pembalasannya.Maka jalan yang terbaik adalah dengan bertaubat.Bertaubat sebelum terlambat.Bertaubat sebelum ajal menjemput kerana seburuk-buruk perbuatan TAUBAT itu jalan penyelesaiannya.Tak akan rugi barang sezarah andai TAUBAT itu ikhlas kerana Allah SWT.
    Dari Hadith diriwayatkan > Bukhari dan Muslim


Daripada  Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari RA – khadam Rasulullah SAW – menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat seorang hamba-Nya daripada kegembiraan seseorang yang dengan tidak disangka-sangkanya menemui kembali untanya yang telah hilang.
 
Menurut riwayat Muslim, “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya ketika dia bertaubat kepada-Nya, daripada kegembiraan seseorang yang mengendarai binatang tunggangannya, kemudian binatang tunggangan itu hilang di padang yang luas, sedangkan di atas binatang itu bekalan makanan dan minumannya hingga dia rasa berputus asa daripada menemuinya kembali. Lalu dia berteduh di bawah sepohon kayu dengan perasaan putus asa daripada mendapatkannya kembali. Dalam keadaan itu, tiba-tiba muncul di sisinya binatang tunggangannya yang hilang tadi dan dengan segera dia memegang talinya seraya berkata dengan penuh gembira, “Ya Allah, Engkaulah hambaku dan aku tuhanmu,” dia tersalah sebut kerana terlalu gembira. (Sebenarnya apa yang hendak disebut ialah Engkaulah tuhanku dan aku hambamu).

Huraian Hadith:      
Gembira bagi manusia adalah perasaan yang timbul dalam hati disebabkan tercapainya apa yang diingini manakala bagi Allah gembira adalah salah satu sifat yang layak bagi-Nya dan  ia bukan seperti kegembiraan makhluk. Penerimaan taubat hamba adalah salah satu rahmat Allah yang besar, Allah suka menerima taubat hamba-Nya dan menyuruh mereka sentiasa bertaubat.Kesalahan yang tidak disengajakan tidak dianggap salah dan tidak berdosa. Harus bersumpah untuk menguatkan dan menarik perhatian pendengar terhadap sesuatu yang penting dan mempunyai maslahah.Allah sangat gembira menerima taubat seorang hamba melebihi kegembiraan orang yang mendapat kembali barang yang disayanginya.


    Biar siapa pun kita..biar apajua pangkat dan darjat kita..kembalilah kepada fitrah,,BERTAUBATlah diatas segala sesuatu yang kita telah lakukan kerana mungkin esok tiada kesempatan buat kita lagi.Hargailah kehidupan indah yang sementara moga yang lebih bahagia akan kekal disana.
    Peringatan ini untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang dikasihi.Moga Allah sentiasa menerima nawaitu TAUBAT kita.Kerana ALLAH GEMBIRA MENERIMA TAUBAT HAMBANYA.Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi hidayah dan rahmatNya buat kita.

tenangkan hati dengan zikrullah
Akhiri dengan DOA TAUBAT moga kita diterima Allah SWT


         SALAM UKWAHFILLAH dari HAMBA yang serba kurang adanya..^_^

       


No comments:

Post a Comment