Monday, July 22, 2013

:: Jika ini Ramadhan yang terakhir ::


Ya Allah...
Betapa aku beruntung lagi bersyukur
Bertemu Ramadhan yang ditunggu
Yang juga sentiasa di rindu...

Ya Allah..
Jika Ramadhan ini adalah yang terakhir buatku
Ampunkan segala dosa dan khilafku
Berikan kesempatan memenuhi amalan ku
Aku ingin kembali dengan penuh ketenangan mengadapmu..Ya Rabb

Ya Allah..
Jadikan kesempatan yang ada untuk aku meminta
Minta pada teman yang aku lupa..
Atau pada mereka yang tidak pernah berjumpa
Moga Ramadhan yang terakhir ini punya ceritannya
Agar aku dikenang bukan ditatang
Biar aku di sayang bukan di buang

Jika Ramadhan ini adalah yang terakhir buatku
Ampun dan maafkan segala ketelanjuranku duhai teman-teman
Ampun dan maafkan aku kerana aku bukan sebaik kenalan kalian
Mungkin tanpa sedar banyak hati yang telah aku lukakaan
Kerana aku insan yang serba kekurangan
Kerana aku teman yang sering kealpaan..
Terima aku seadanya teman..

Jika Ramadhan ini penghujung pertemuan
Dan jika Ramadhan ini adalah pengakhir jalan
Izinkan aku menyapa sayang
Buatmu suami yang juga imam ku
Maaf diatas kekurangan diri isteri mu
Ampun dan halalkan segalanya sepanjang perkongsian hidup kita
Terima kasih kerana sentiasa menelan setiap kekurangan diri ku
Biarpun hatimu tidak dapat kubaca dan mungkin juga terluka
Namun aku tahu..tiada seindah bicara selain
Cinta dan kasih yang tak pernah surut buatku
Itulah indah pengaturan hidup yang Allah tetapkan

Jika Ramadhan ini yang terakhir
Maafkan diriku duhai anak
Mungkin selama yang kau inginkan
Aku bukan sesempurna ibu yang kau harapkan
Ibu yang tidak kau impikan mungkin
Namun semangat serta naluri keibuan yang ada..
tak akan pernah meluntur biarpun cabaran itu berliku
Sungguh ibu ini tak akan hilang sabarnya meski
hati dan jiwa ini tiba-tiba buntu..
Percayalah..diakhir hidup yang tersisa ini
Akan tetap aku gagahi selagi hayat di kandung badan
Untuk menjadikan dirimu insan cemerlang
Dunia dan akhirat

Yang terakhirnya...
Segala sesuatu kekurangan itu adalah dari diriku
Bila yang terindah dan terbaik sentiasa dariMu Ya Allah
Berkatilah Ramadhan ini buat diriku..keluarga dan teman-teman..
Moga kami sentiasa dalam magfirah dan redhaMu selalu
Sesungguhnya Ya Allah..
Jika ini lah Ramadhan terakhir buatku
Izinkan keindahan dan keceriannya bersama ku
Agar istirehatku yang panjang pasti tidak memenatkan..
Bila aku ditemukan dengan Sang Pencipta Agungku untuk perhintungan...


LuahanhatiKu : AchikLeen78


p|s : Aku selalu dan sentiasa sayang kalian yang tetap ada dalam hatiku...^_^





No comments:

Post a Comment