Tuesday, April 23, 2013

~Abah~

Tajuk abah bukan ayah
tajuk dia abah
Dia abahku
Dia hadirkan aku
Dia lah abah

Abah itu bukan ayahku
Abah ku satu
Abah ku ada dulu
Keringatnya datang lah aku

Lelah nya hilang satu
Amanat lalu
Janjinya layu
Dia berikan aku

Jaga dia bukan aku

Kerana abah bukan miliku
Sayang abah tetap ada
Abah pergi dulu tanpa kata
Mencari kasih Dia Rabb yang Esa

Cinta abah ada disitu..sedang menungguku

NukilanRasa : achikleen78/3:47am

Tuesday, April 2, 2013

..::KUM KUM::..


السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Alhamdulillah masih diberi nafas lagi untuk achik meluangkan masa menulis ditinta maya ini.Syukur juga kehadrat Illahi kerana dikelilingi insan-insan yang achik kasihi.Biar siapa pun mereka pada achik yang pasti mereka hamba-hamba yang dijadikan  Allah sebaik-baik makhluk ciptaanNya.

Kali ini achik beruntung kerana digerakkan hati bertemu dengan penulisan-penulisan yang menginsafkan hati achik.Baca dan fahami saja tidak mencukupi..adalah lebih baik kita melakukan perubahan itu untuk menuju kearah yg lebih baik.Insyaallah...mudah-mudahan niat suci kita diberkati Allah SWT...

Ketika menelaah kiriman rakan-rakan diFacebook..achik terbaca status dari seorang rakan yang amat achik kenali.Seorang yang banyak memberi achik inspirasi selama achik mengenali beliau.Dia bukan seorang yang istimewa tapi cukup tajam dalam berkata-kata.Dia juga bukan seorang guru agama hanya insan biasa dan dia bukan public figure untuk diminta sign autograft.Namun pada kaca mata achik beliau memiliki sepenuh kekuatan dalam kehidupan untuk achik kutip dan jadikan renungan dalam perjalanan hidup insani.Islam itu indah..begitu juga keperibadian kita perlu juga indah.Mudah tapi tidak dipermudahkan maka itu belajar dan terus belajar untuk memiliki ilmu yang Allah berikan.

Terlihat tulisan rakan achik ini membuatkan achik tersenyum sendiri malah achik sendiri tidak terfikir untuk menulis sebaik ini.Jom kita baca dan renungkan pendapat diri kita sendiri .Antara kata-kata beliau harini :--->


HANTU KUM KUM.

janganlah kita gelak pada mereka yang berhijab penuh dengan warna warna monochrome. itu tuntutan sebenarnya...kerana JANTAN (jantan ramai yang sakit dugaan ini) akan stim tak tentu hala....
- ada yang stim tengok mata
- ada yang stim tengok pungkoq
- ada yang stim tengok keting kaki
- ada yang stim tengok jari jemari...
jadi janganlah dok mengata mereka itu zorro atau hantu kum kum. mereka tahu kenapa mereka berpakaian demikian. kita tu kena selidik...pasai apa jantan dok terhegeh hegeh tanya soalan pelik pelik kat kita, walaupun tiada hal, kita pun tak hot tera mana ...u fikir fikir sendirilah sambil minta bantuan illahi bagi petunjuk.

Haa...dah baca kan..apa yang anda rasa???
Marah??Pelik?? atau mungkin anda terfikir yang sedang diperkatakan oleh rakan achik nie kan..ok..camnie lah..
Kita sering melihat wanita-wanita sekarang berpurdah bukan.Jadinya ada dikalangan kita yang memanggil wanita-wanita berpurdah ini dengan panggilan HANTU KUM KUM.Pelik kan..apa yang anehnya bila wanita berpurdah sedangkan ianya pekara dituntut.Salah satunya  juga untuk mengelak timbulnya fitnah dari kalangan lelaki dan wanita lain.Namun begitu lelaki dan perempuan jenis nie memang tak akan pernah berdiam.Macam-macam jalan dan ikhtiar.Mula la ada yang melebelkan ZORRO,,KUM KUM hanya kerana membataskan pandangan mereka.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu (bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya. Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268
 

Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :



" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Batas-Batas Aurat Dalam Islam

Pengertian aurat menurut bahasa adalah keaiban.Manakala menurut pandangan atau pengertian syarak ialah "Bahagian-bahagian tertentu yang ada pada badan manusia yang wajib ditutupi daripada pandangan orang yang diharamkan untuk melihatnya(bukan mahram)".
Perbezaan batas-batas aurat bagi seseorang ialah kerana hubungan keturunan dan kerana tali ikatan akibat perkahwinan,seperti mertua,menantu,ipar duai dan sebagainya serta kerana penyusuan..







Dalam konteks lainnya Aurat ini mempunyai batasan mengikut Islam.Maka itu jangan mudah lalu memudahkan lagi sesuatu yang telah ditetapkan syarak.